program yang diadakan pada 5,6 dan 7 hb, di SMK KHIR JOHARI, TANJONG MALIM memberi banyak kesan pada kami semua yang terdiri daripada 10 orang puteri yang diberi nama SAKURA UPSI TEAM. Pelbagai aktiviti yang kami jalankan bersama-sama dengan 110 orang pelajar asrama sekolah tersebut. kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi memberi peluang kepada kami bagi menjalankan program yang diberi nama MENUJU PUNCAK. pengalaman selama kami berada di sana sangat memberi input yang positif di sebalik kami dapat memperbaiki diri kami dalam menguruskan sesuatu program.
Tuesday, February 9, 2010
PROGRAM MENUJU PUNCAK
program yang diadakan pada 5,6 dan 7 hb, di SMK KHIR JOHARI, TANJONG MALIM memberi banyak kesan pada kami semua yang terdiri daripada 10 orang puteri yang diberi nama SAKURA UPSI TEAM. Pelbagai aktiviti yang kami jalankan bersama-sama dengan 110 orang pelajar asrama sekolah tersebut. kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi memberi peluang kepada kami bagi menjalankan program yang diberi nama MENUJU PUNCAK. pengalaman selama kami berada di sana sangat memberi input yang positif di sebalik kami dapat memperbaiki diri kami dalam menguruskan sesuatu program.
Posted by aimi ismail at 10:51 AM 0 comments Links to this post
Thursday, February 4, 2010
Wednesday, February 3, 2010
MENGAPA IBU MENANGIS?
Bismillah...
Mengapa Ibu Menangis ?
Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,
mengapa ibu menangis ?".
Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita."
Saya tidak mengerti," kata si anak lagi.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
"Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya.
"Ayah, mengapa ibu menangis ?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.
Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya,
mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat
petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.
Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting.
Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.
Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang
sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan
sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......
Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah
di saat semua orang berputus asa.
Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,
sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.
Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua
anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai
perasaan dan hatinya.
Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur.
Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.
Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa
kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang
melindungi setiap hati dan jantung wanita ?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai
tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji
kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan
menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan
perasaannya....... Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar
dapat digunakan di mana ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!
Ini airmata kehidupan.
Posted by aimi ismail at 9:44 PM 0 comments Links to this post
Saturday, January 30, 2010
SILANG BUDAYA-KZ KARNIVAL- KAUNSELING KELOMPOK-KETIKA CINTA BERTASBIH
Semalam ade kelas silang budaya. ape yang Aimi belajar semalam sangat2 seronok. banyak input baru yang aimi dapat ngan kawan2 aimi. belajar tentang " GESTURES ACROSS CULTURES", bagaimana cara org di Morocco, Africa, India, Jepun dengan budaya yang dibawa mereka dan apa yang Aimi tahu, gestures yang ditunjukkan bergantung kepada apa yang diamalkan dan menjadi budaya setiap masyarakat. hmm.. menarik.. jika melihat video yang ditunjukkan Cik Nani, Lecturer kami, sangat bagus tuk kami belajar dengan lebih mendalam. terima kasih...:)
Malam plak, g kuar ngan amni, housemate yang lain. hehe.. g ronda2 karnival kolej Zaba. jalan2 jelah. sambil2 tue g tgk nasyid. DESTINY muncul. huhu.. Zaki, Naza, zaim masuk pertandingan nasyid.. mantap lah... leh tahan gak la ramainyer. malam tue gak ade pertandingan futsal ngan bola jaring.. hmm.. ija ngan kawan2 lain join pertandingan tue.. gerai jualan!!! hmm.. banyak jual baju, tudung, mcm2 lg la. mcm biase la.. tapi tak beli pun. cuci mata jer. hehe.. macam2 keletah manusia kat situ.. biase la kan.. :)
hmm.. hari nie Aimi dah selesai tugas Aimi bentangkan Kaunseling Kelompok bersama kawan-kawan Aimi.. huh. sangat2 nervous... tapi alhamdulillah dapat berjalan dengan lancar.. pembentangan kami berhasil.. tajuk yang kami kena present " ROUNDS AND DYADS".. banyak input kami dapat sepanjang seminar pagi tadi.. terima kasih kepada prof sebab belanjer kami semua makan..
HOPE BANYAK ILMU YANG AIMI DAPAT HARI NIE.. SEMOGA HARI BAHAGIA MENANTI.. :)

Posted by aimi ismail at 3:40 PM 0 comments Links to this post
Thursday, January 28, 2010
LIFE STYLE.. MORNIG DAY..
1) daripada National Sleep Foundation di Amerika, kekerapan menonton televisyen merupakan salah satu sebab kenapa manusia sukar lena pada waktu malam.
2) Gurun Sahara di Utara Afrika mendapat namanya daripada "SAHRA" yang bermaksud liar atau terbiar.
3) Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.
4) Huruf yang paling kerap digunakan dalam Bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.
5)6 tip bantu kembali segar:
a) Hampiri kawasan cahaya
b) cuci muka
c) senaman ringan
d) wangian aromaterapi
e) pandang pepohon hijau.. wah...
6) ketahui cara berkesan hilangkan lemak?
a) berjalan kaki
b) berlari
c) mendaki bukit
d) regangan
e) permainan raket
f) permainan bola.. JOM..
Posted by aimi ismail at 7:41 AM 0 comments Links to this post
Sunday, January 24, 2010
PENGALAMAN +VE di HENTIAN PUDURAYA
Posted by aimi ismail at 11:50 PM 20 comments Links to this post
Monday, January 18, 2010
GET IMPIAN..
Tatkala hati berbisik sendiri.. melihat diri sendiri. Siapa aku?.. apa kekurangan aku?.. apa kelebihan aku?.. aku tertanya-tanya. Walaupun begitu aku tetap aku.. aku bukan orang lain. Seorang gadis yang ingin memahami manusia sekelilingnya. Seorang anak yang dengar kata ibu bapanya. Seorang kakak yang bertanggungjawab kepada adik-adiknya. Seorang wanita yang berperibadi mulia. Cantik akhlaknya. Apa yang aku inginkan bukan sekadar mimpi semata-mata.. bukan sekadar angan-angan kosong.. memikirkan yang terbaik untuk semua yang berada di sisi aku. Pelbagai persoalan, tanda tanya bermain di fikiran aku?.. melayang-layang.. bolehkah aku berdepan dengan pelbagai liku-liku kehidupan mulai saat ini.. ?. aku berdoa padamu yang maha esa. Sentiasa jadikan amalan membaca al-quran sebagai penenang jiwa..sumber rujukan buat aku. Lega.. aku harap hadirnya seseorang memberi aku inspirasi, semangat untuk aku terus menggapai cita-cita aku. Itulah kekuatan aku. Keluarga, kawan-kawan.. insyaALLAH.
U MUST TO BE A CREATIVE GIRL?... kreatif kah aku?.
DIAM ITU TANDA KEBIJAKSANAAN.. bijaksanakah aku?..
Posted by aimi ismail at 1:02 AM 0 comments Links to this post
Sunday, January 17, 2010
Selamat Hari Lahir yang ke 20...
semoga tahun nie merupakan tahun yang memberi senyuman kepadanya. semoga berjaya dalam STPM. go go go... LOVE U FOREVER..

Posted by aimi ismail at 2:40 PM 7 comments Links to this post
Tuesday, January 12, 2010
SOCIAL LIFE...
kehidupan sosial menjerat diri.. kadangkala alpa dengan dunia yang penuh liku-liku kehidupan. -ve life.. seseorang boleh lupa diri dan asyik leka dengan dunia keseronokan sehingga apa yang haram dihalalkan. Arak diminum. diminumnya tak ubah seperti air biasa. pergaulan bebas lelaki dan perempuan. sering berkunjung ke kelab malam. tidak dapat membezakan di mana baik buruknya. REMAJA. mula-mula di sekolah terlibat dengan edar dadah, jual pil ekstasi, bisnes di Kelab Malam. kehidupan yang dilalui menyebabkan telah memakan diri sendiri.. menyeksa diri sendiri.. anak?.. terjerat. terkontang-kanting seorang diri. KAWAN-KAWAN lari. rasa macam nak mati. menyesal. tak sanggup nak hadapi semua nie. apa yang boleh dibuat?.. jika keluarga menerima.. jika tak?.. hmmm... doakan supaya mereka ini sentiasa di dalam lindungan-Nya.. membuka lebaran baru. so apa yang patut kita lakukan?????..
Posted by aimi ismail at 9:14 AM 0 comments Links to this post
















